Thursday, July 24, 2014

Ihya Ramadhan 2014

Pada Hari selasa 22.7.2014, sekolah telah menganjurkan program Ihya Ramadhan. Aturcara program adalah solat berjemaah, majlis khatam al-Quran, penyerahan sumbangan duit raya kepada pelajar, iftar ramadhan (berbuka puasa), solat tarawih, dan solat hajat. Pada tahun ini, Bank Rakyat telah memberikan sumbangan duit raya kepada pelajar miskin. Selain itu, terdapat juga sumbangan daripada orang perseorangan. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak PIBG juga telah menyerahkan sumbangan duit raya kepada pelajar miskin dan yatim piatu. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat, PIBG dan orang-orang perseorangan yang memberikan sumbangan duit raya pada tahun ini. Diharap pada tahun hadapan juga terdapat lebih ramai pihak yang sudi menghulurkan sumbangan.


Pelajar berkumpul sebelum menunaikan solat asar berjemaah.



Pelajar dan guru menunaikan solat asar berjemaah. Selepas selesai menunaikan solat asar, majlis khatam al-Quran dimulakan. Peserta khatam al-Quran terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.


Antara jemaah wanita yang hadir pada majlis ini dan sedang menunggu majlis khatam al-Quran dimulakan. Majlis khatam al-Quran dimulakan dengan diketuai oleh Cikgu Najib.














Setelah selesai majlis khatam al-Quran, seterusnya program penyerahan duit raya kepada murid yang terpilih. Sumbangan duit raya pada tahun ini disumbangkan oleh Bank Rakyat, PIBG sekolah, dan orang-orang perseorangan. 


Tetamu VIP yang hadir adalah YDP PIBG sekolah iaitu En. Pandak..


Ucapan daripada Tuan Pengetua SMKTMR2, Tn. Hj. Kamaruddin Bin Saayun.

 Ucapan daripada YDP PIBG sekolah.
Selesai ucapan daripada pengetua dan YDP PIBG sekolah, majlis diteruskan dengan penyerahan duit raya kepada pelajar yang terpilih. Penyerahan duit raya daripada sumbangan Bank Rakyat disampaikan oleh tuan pengetua.













Sumbangan duit raya daripada PIBG pula disampaikan oleh YDP PIBG En. Pandak....













Setelah selesai penyerahan sumbangan kepada pelajar, sedikit tazkirah disampaikan oleh seorang ustaz jemputan sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa. 



Setelah masuk waktu berbuka, pelajar dan guru berbuka dengan juadah yang ringan dahulu - kurma dan air, dan seterusnya solat maghrib berjemaah. Selesai solat maghrib, pelajar dan guru bergerak untuk makan di kantin. Antara suasana semasa berbuka puasa di kantin.










Antara suasana sepanjang majlis berjalan....















No comments:

Post a Comment