Pihak sekolah telah mengadakan program perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah pada bulan Mei yang lepas. 10 unit beruniform sekolah telah menyertai perkhemahan kali ini. Setiap unit uniform diwakili 10 orang pelajar. Perkhemahan kali ini diadakan selama 1 hari sahaja. Beberapa aktiviti diadakan untuk memenuhi program ini seperti pertandingan sorak, pertandingan permainan berkumpulan dan ikatan dan gajet.
Pelajar yang terlibat mendengar taklimat daripada kem komandan mengenai peraturan kem dan perjalanan aktiviti kem kali ini.
Sebelum memulakan aktiviti pertama pelajar diberikan sarapan terlebih dahulu. Antara pelajar yang sedang bersarapan sebelum memulakan aktiviti.
Antara pelajar yang mendengar taklimat untuk program yang pertama iaitu "ice breaking". Selepas 10 kumpulan telah dibentuk, pertandingan sorak dimulakan.
Selepas pertandingan sorak selesai dan pemenang telah diketahui... seterusnya aktiviti kedua dimulakan. Aktiviti kedua adalah pertandingan memasang khemah dan gajet. Dalam pertandingan ini, pihak juri akan menilai dari segi kekemasan, tahap kekukuhan dan kreativiti khemah dan gajet yang dibuat. Beberapa orang guru penasihat turut membantu pelajar dalam ikatan gajet.
Setelah selesai aktiviti kedua.. pelajar diberi masa untuk berehat, makan tengah hari, dan solat zohor. Kem diteruskan dengan aktiviti terakhir iaitu permainan tresure hunt..Dalam Permainan ini terdapat lima checkpoint. Setiap checkpoint terdapat satu tugas atau permainan yang perlu diselesaikan oleh setiap ahli kumpulan.
Di akhir program, penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang. Para guru juga akan memilih peserta lelaki dan perempuan terbaik daripada kalangan pelajar yang menyertai kem kali ini.
Peserta lelaki terbaik
Peserta perempuan terbaik
Pada keseluruhan program kali ini berjalan lancar dan para pelajar juga dapat memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang program berjalan. Di harap pada tahun hadapan program seperti ini dapat diteruskan dengan pengisian program ditambah. Sekiranya terdapat beberapa kekurangan pada aktiviti kali ini diharap ianya dapat diperbaiki dan dimurnikan lagi.
antara gambar-gambar lain.
Antara gambar lain - semasa rehat dan menunggu untuk penyampaian hadiah.
No comments:
Post a Comment