Sunday, August 3, 2014

Sukan Tahunan 2014

Acara sukan balapan dan padang kali ke-14 telah diadakan pada 21 Jun 2014 yang lepas. Pada hari tersebut beberapa acara akhir berlangsung. Program dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan pasukan unit beruniform di hadapan YDP PIBG dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Program diteruskan dengan bacaan doa, ikrar, dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Kemudian, acara akhir dimulakan dan acara guru juga turut diadakan. Setelah selesai acara, penyampaian hadiah kepada peserta yang menang dimulakan.






Pelajar berkumpul terlebih dahulu mengikut pasukan masing-masing, dan bergerak ke padang untuk upacara perbarisan. Antara suasana semasa upacara perbarisan berlangsung.














































 Acara akhir yang bertanding adalah 100 meter dan 200 meter lelaki dan perempuan bagi kategori L13, L15, L18, P13, P15, dan P15. Acara guru yang dipertandingkan adalah 4x50 meter.


















Rumah Delima (jingga) menjadi juara keseluruhan untuk tahun 2014. Juga turut memenangi tempat pertama bagi perbarisan rumah sukan selama 4 tahun berturut-turut. Atlet lelaki rumah sukan Delima juga telah terpilih sebagai atlet terbaik bagi kategori L13, L15, L18, dan Olahragawan bagi tahun 2014. Tahniah..

No comments:

Post a Comment