Program 1M1S dijalankan pada 20 Ogos yang lepas dengan jayanya. Program ini mewajibkan semua murid untuk menyertai aktiviti sukan yang dijalankan. Program dijalankan selepas waktu rehat iaitu pada jam 4.00 petang. Sebelum bermulanya program murid-murid mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan yang diadakan.
Setelah selesai pendaftaran.. murid seterusnya berkumpul mengikut kelas di dataran Sri Mutiara untuk aktiviti senamrobik. Beberapa orang murid telah dipilih untuk mengendalikan dan menjadi instruktor senamrobik.
Setelah aktiviti senamrobik, pelajar digerakkan mengikut tingkatan untuk ke tempat pertandingan dijalankan. Bagi pelajar lelaki tingkatan 1 dan 2 bergerak ke permainan ping pong. Manakala pelajar perempuan tingkatan 1 dan 2 pula akan bergerak ke permainan bola jaring di padang. Dan Bagi pelajar tingkatan peralihan (lelaki dan perempuan) akan bergerak permainan badminton.
Penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang mengikut kategori dijalankan.
Gambar sepanjang program berlangsung